Pattani: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan dua cedera dalam serangan bom berasingan di tiga restoran di Pattani, lewat malam kelmarin.

Letupan pertama dilapor berlaku sekitar jam 7 malam di restoran Sai Ruang.

Seorang pelayan warga Laos yang dikenali sebagai Muay, mati dalam serangan itu.

Letupan kedua berlaku di restoran Khrua Songkhla, 500 meter dari lokasi pertama.

Sasaran serangan ketiga pula di restoran Ma Ruay yang menyebabkan dua orang cedera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 6:47 AM