MOHD Suhaili (dua kanan) menunjukkan jumlah kadar zakat fitrah yang diumumkan tahun ini. FOTO Mohd Adam Arinin
MOHD Suhaili (dua kanan) menunjukkan jumlah kadar zakat fitrah yang diumumkan tahun ini. FOTO Mohd Adam Arinin
Erdiehazzuan Ab Wahid


Kota Kinabalu: Sabah mengekalkan kadar pungutan zakat fitrah sebanyak RM7 bagi setiap individu beragama Islam yang bermastautin dan bekerja di negeri ini bagi tahun kelima.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Mohd Suhaili Said berkata, tahun ini seramai 1,968 wakil amil dilantik Pusat Zakat Sabah (PZS) bagi melaksanakan tugas bagi mengutip zakat fitrah di seluruh negeri.

"Pada tahun ini kita (PZS) masih mengekalkan kadar pungutan zakat fitrah bagi tahun kelima iaitu sebanyak RM7 bagi setiap individu beragama Islam di negeri ini.

"Berdasarkan rekod, MUIS pada tahun lalu berjaya memungut zakat keseluruhan termasuk zakat harta dan fitrah sebanyak RM61.7 juta membabitkan jumlah pembayar zakat fitrah seramai 1,275,794 orang," katanya dalam sidang media Pengistiharan Zakat Fitrah di Wisma MUIS, di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha PZS Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Mohd Zaratkhan Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 12:39 PM