FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
Mohd Izham Unnip Abdullah


MAJLIS Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 seorang, sama seperti tahun lalu.

Yang di-Pertua MUIS Datuk Dr Hasbullah Taha berkata, kadar itu adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras dimakan majoriti penduduk negeri ini.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengisytiharan zakat fitrah bagi negeri Sabah dan penyampaian tauliah kepada penyelaras amil dari seluruh negeri dilantik mengendalikan kutipan zakat fitrah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 12:09 PM