MOHD Ariffin menunjukkan kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah. FOTO Mohd Adam Arinin
MOHD Ariffin menunjukkan kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah. FOTO Mohd Adam Arinin
Amniera Naziera Amran


KADAR zakat fitrah umat Islam di Sabah tahun ini kekal pada RM7 seorang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, 37 orang penyelaras wakil amil serta 2,000 wakil amil dilantik bagi melaksanakan tugas mengutip zakat fitrah di seluruh negeri.

"Pada tahun ini kita (Majlis Ugama Islam Sabah) masih mengekalkan kadar pungutan zakat fitrah," katanya sidang media Majlis Pengisytiharan Zakat Fitrah di Wisma MUIS, di Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi MUIS, Junaidi Jumahad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Yusof Abbas; dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah (PZS) MUIS, Zaratkhan Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 3:27 PM