Bella (tengah) bersama skuter elektrik yang diperolehinya
Bella (tengah) bersama skuter elektrik yang diperolehinya
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Hasrat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk memiliki skuter elektrik idamannya menjadi kenyataan apabila dihadiahkan skuter terbabit oleh GGR Motor dengan kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama).

Ia sebagai memenuhi janji yang dibuat oleh peneraju syarikat terbabit, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi terhadap Bella sebelum ini.

Berita gembira ini dikongsikan di TikTok Acis Astillah yang memaparkan keterujaan artis sensasi ini.

Paling istimewa, skuter elektrik berwarna kelabu itu juga tertera plat nombor pendaftaran namanya iaitu BELL4.

"Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Syukur pada-Mu Ya Allah, dapat motor," katanya.

Terdahulu pada majlis hari raya anjuran GGR Motor (M) Sdn Bhd di Kampung Sungai Penchala pada 9 Mei lalu, Muhammad Mussadiq menyatakan hasrat untuk melantik Bella sebagai duta mereka sekali gus mahu menghadiahkan sebuah skuter elektrik kepadanya.

Bella juga memberitahu dia sudah lama bercadang untuk membeli sebuah motosikal untuk menghantar anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean ke sekolah.

"Saya anggap semua ini rezeki dan hadiah. Sebelum ini pun saya ada rancang nak beli tetapi asyik tertangguh.

"Lepas ini, bolehlah saya kongsi pengalaman hantar Ayden ke sekolah naik motosikal," katanya yang tidak menyangka dengan rezeki yang diterima.

Dalam perkembangan sama, GGR Motor turut menjalinkan kerjasama dengan Irama untuk menjadikan penggiat seni sebagai Duta jualan motosikal EV Bike Elektrik secara langsung kepada peminat-peminat mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 2:51 PM