KEADAAN kenderaan di lokasi kejadian. FOTO Rosli Ilham
KEADAAN kenderaan di lokasi kejadian. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham

Dungun: Seorang wanita berusia 52 tahun maut,manakala suami dan anak angkatnya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 356.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), di sini, jam 5 pagi tadi.

Rodziah Abdullah bersama keluarganya itu dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang ke Dungun parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suaminya, Aswadi Zainudin, 22, dan anak angkatnya, Izzara Adlina Abdul Naafi, 2, pula kritikal, manakala dua sepupunya yang turut menumpang Toyota Harrier bersamanya, Mohd Fazri Razali, 20, serta Mohd Farhan, 23, cedera ringan.

Kejadian itu berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga itu merempuh sebuah lori hingga menyebabkan kenderaan terbabit merintangi jalan sebelum sebuah Nissan X-Trail melanggarnya dan terhumban ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:25 AM