ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang parah selepas kereta dipandu merempuh kerbau di Kilometer 357.9 Lebuhraya Pantai Timur LPT2.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang parah selepas kereta dipandu merempuh kerbau di Kilometer 357.9 Lebuhraya Pantai Timur LPT2.
Oleh Rosli Ilham

Dungun: “Saya nampak kerbau terbabit sudah terbaring dan cuba mengelak, tetapi tidak berjaya sebelum kereta berpusing serta melanggar pembahagi jalan.

“Ketika itu saya tidak nampak kereta berwarna gelap sudah melanggar kerbau terbabit,” kata Ayub Abdullah, 27, mengenai kemalangan di Kilometer 357.9, Lebuh raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dekat Ladang Limau Madu, di sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan jam 11.40 malam itu, kereta Proton Wira dipandu Chai Sau Yong, 33, merempuh kerbau seberat 200 kilogram menyebabkan mangsa kritikal akibat parah di kepala.

Ayub yang bekerja sebagai mekanik berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari rumahnya di Besut ke tempat kerjanya di Kuantan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

“Saya bernasib baik kerana sempat mengelak, kalau tidak sudah tentu melanggar kereta mangsa dan mungkin turut parah dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 7:34 AM