PELAJAR lelaki mengangkat seekor penyu jenis agar yang dipasang peranti satelit untuk dilepaskan ke laut.
PELAJAR lelaki mengangkat seekor penyu jenis agar yang dipasang peranti satelit untuk dilepaskan ke laut.
PELAJAR diberikan peluang membersihkan badan penyu.
PELAJAR diberikan peluang membersihkan badan penyu.
PELAJAR UniKL MIMET mengabadikan gambar kenangan bersama wakil Jabatan Perikanan Negeri dan Malakoff.
PELAJAR UniKL MIMET mengabadikan gambar kenangan bersama wakil Jabatan Perikanan Negeri dan Malakoff.
Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Seramai 24 pelajar dan kakitangan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Lumut menyertai Program Kenali Penyu, Sayangi di Penyu Pusat Konservasi dan Pemuliharaan Penyu, Pasir Panjang, Segari, Perak, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama Malakoff Corporation Berhad bertujuan menyuntik dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai populasi penyu yang semakin berkurangan di samping menggalakkan penglibatan generasi muda dalam usaha pemuliharaan dan perlindungan spesies itu.

Antara aktivitinya ialah pelajar diberikan kesempatan membersihkan penyu, taklimat mengenai pelepasan penyu oleh Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEX), gotong-royong membersihkan kawasan Pusat Konservasi dan Pemuliharaan Penyu dan pelepasan penyu yang dipasang peranti satelit ke laut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 10:11 AM