KARYA The Reality. The Dream oleh Cheong Tuck Wai.
KARYA The Reality. The Dream oleh Cheong Tuck Wai.
POSTUR kanak-kanak melompat oleh Lim Yong Wei.
POSTUR kanak-kanak melompat oleh Lim Yong Wei.
MENGENAI wanita menerusi Wild Dream 2.
MENGENAI wanita menerusi Wild Dream 2.
Oleh Siti Salmiah A Hamid

Pameran 'Catalysis' di galeri HOM Art Trans menampilkan pelbagai hasil lukisan unik, menarik dan segar.

Sebanyak 10 karya seni dipamerkan menerusi kerjasama dengan Akademi Seni Dasein.

Sebahagian peserta adalah alumni yang menerima pelbagai anugerah dan menempa nama dalam negara.

Barisan artis terdiri daripada Cheong Tuck Wai, Chong Ai Lei, Gan Tee Sheng, Lim Yong Wei, Yeoh Choo Kuan, Yim Yen Sum, Low Kar Lai, Tan Lu Man, Woh Jin Hao dan Tham Yoke In.

Catalysis diilhamkan Jabatan Seni Halus Dasein serta Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan akademi itu.

Hasil karya yang dipilih memberi penonton peluang meneroka pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang merangkumi pelbagai cerita dan perbuatan seperti isu sosial dan politik di negara ini.

"Sebahagian daripada artis ialah penerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Artis Baru Malaysia (MEAA), Anugerah Seni Nokia dan UOB Painting of The Year.

"Catalysis laluan medan berkarya untuk artis muda Seni Halus Dasein agar mampu melangkah jauh dalam arena seni kontemporari tanah air," ujar Ketua Jabatan Seni Halus Dasein, Kim Ng.

Menerusi karya berjudul Loop, Lim Yong Wei melahirkan karya seninya yang diilhamkan daripada cerita dongeng dan klasik yang menjadikan watak fiksyen itu hidup.

Tan Lu Man menerusi Variation I menceritakan mengenai dua bentuk tubuh wanita yang mempunyai kaitan dengan latar belakang kehidupan, tahap psikologi dan penampilan perubahan pada fasa kehidupan.

Penggunaan bunga dianggap metafora yang menunjukkan bentuk tubuh badan wanita dalam lukisannya.

Pameran berlangsung sehingga 8 November depan di Ampang dan masuk adalah percuma.

INFO

CATALYSIS

Jumlah artis: 10

Jumlah karya: 10

Lokasi: HOM Art Trans, 6A Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, Ampang, Selangor

Tarikh: Sehingga 8 November 2014

Masa: 11 pagi hingga 6 petang

Telefon: 03-9286 7004

Web: www.homarttrans.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:02 AM