KARYA bertajuk ‘Other Lives’ seakan-akan sebuah potret keluarga.
KARYA bertajuk ‘Other Lives’ seakan-akan sebuah potret keluarga.
SALAH satu karya yang dipamerkan bertajuk ‘Light Whisper’ atau ‘The Beginning.’
SALAH satu karya yang dipamerkan bertajuk ‘Light Whisper’ atau ‘The Beginning.’
KARYA bertajuk ‘Rider in The Storm’ menggunakan medium akrilik dan kanvas.
KARYA bertajuk ‘Rider in The Storm’ menggunakan medium akrilik dan kanvas.
PAMERAN Yeah adalah pameran solo ketiga bagi Azam.
PAMERAN Yeah adalah pameran solo ketiga bagi Azam.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman


Pameran Yeah adalah yang keempat bagi Helmi Azam Tajul Aris atau nama pena, Azam Aris.

Himpunan karya Azam yang terbaru ini mencerminkan kematangan dari segi pengolahan idea dan subjek.

Namun, medium yang dibawa tidak berubah iaitu akrilik dan dan dalam karya terbaru ini, Azam menampilkan subjek-subjek yang memakai cermin mata hitam.

Ini kerana, mata itu sendiri membawa makna yang besar dan penggunaan cermin mata bukan saja menggambarkan kontemporari malah maksud terlindung.

Sebanyak 10 karya dipamerkan di Galeri HOM Art Trans, tetapi hanya sembilan yang dibuka untuk jualan. Pameran berlangsung sehingga 19 Ogos ini.

Galeri dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 11 pagi hingga 6 petang dan pada hari Sabtu pula dari jam 1 petang hingga 6 petang.

INFO

YEAH

- Artis: Helmi Azam Tajul Aris (Azam Aris)

- Jumlah karya: 10 termasuk karya instalasi

- Lokasi: Galeri HOM Art Trans, No 6A, Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka Ampang, Selangor

- Tarikh: Sehingga 19 Ogos 2015

- Masa: 11 pagi hingga 6 petang (1 petang hingga 6 petang pada Sabtu)

- Telefon: 012-373 6004 (Mimie)

- Web: www.homarttrans.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 1:00 PM