Singapura: Seorang lelaki Singapura dan beberapa rakyat asing ditahan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) kersana disyaki cuba mengatur perlawanan bola sepak Suka SEA.

Dalam kenyataan hari ini, CPIP menyatakan biro itu memantau aktiviti menetapkan perlawanan dan maklumat diperolehi membawa kepada penahanan seorang rakyat Singapura serta beberapa rakyat asing.

“Pegawai serta ahli kontinjen Sukan SEA Timor Leste juga membantu siasatan biro ini,” kata kenyataan itu.

Biro itu bagaimanapun, tidak memberi maklumat lanjut mengenai mereka yang ditahan atau yang sedang disiasat.

Perlawanan pertama Timor Leste di Sukan SEA ke-28 ialah menentang Malaysia di Stadium Nasional, petang esok. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 8:03 PM