Siti Nuraqilah
Siti Nuraqilah
Oleh Nurul Huda Kosnon


Kuala Lumpur: Gadis Singapura, Siti Nuraqilah Mohd Hamirudin, 20, berharap Lions XII muncul juara menewaskan The Red Warriors (TRW) pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menurutnya, walaupun kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing, dia yakin Lions XII boleh menang.

"Saya yakin Lions XII boleh menang dan menewaskan TRW dengan jaringan 3-0 pada Sabtu ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Siti Nuraqilah dari Robinson Road berkata, dia melihat pasukan pilihannya itu mampu mencipta sejarah tersendiri.

"Saya sering memberi sokongan kepada Lions XII. Jika ada masa saya datang ke stadium menonton perlawanan membabitkan LionsXII.

"Sabtu nanti saya akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bersama penyokong LionsXII lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 7:25 PM