FOTO Muhamaad Razis Ismail
FOTO Muhamaad Razis Ismail
Oleh Muhamaad Razis Ismail & Azlan Hafeedz

Kota Bharu: Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pagi ini berjalan lancar sejak kaunter tiket dibuka pada 9 pagi tadi.

Dianggarkan kira-kira lebih 1,000 peminat pasukan Kelantan beratur seawal 5 pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir antara Kelantan dan Lion XII di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata, sebanyak lapan kaunter dibuka termasuk satu kaunter dikhaskan untuk wanita bagi memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.

Katanya, Kelantan menerima peruntukkan sebanyak 45,000 keping tiket dari FAM termasuk untuk jualan atas talian untuk dijual kepada peminat.

"Alhamdulillah tahun ini penjualan tiket berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang kekacauan," katanya.

Tinjauan Harian Metro sehingga 10.30 pagi mendapati kaunter tiket sudah lengang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 11:02 AM