Abdullah kehilangan anak yang maut selepas rumahnya terbakar petang tadi. FOTO Azlan Hafeedz
Abdullah kehilangan anak yang maut selepas rumahnya terbakar petang tadi. FOTO Azlan Hafeedz
Oleh Azlan Hafeedz

Pasir Puteh: Lelaki OKU cacat kaki dan tangan berusia 38 tahun rentung selepas rumahnya di Kampung Lepah, Selising, di sini, terbakar petang tadi.

Dalam kebakaran membabitkan dua rumah pada 5.30 petang itu, mangsa, Zulkifli Abdullah ditemui rentung di dalam bilik tidurnya.

Difahamkan, ayah mangsa, Abdullah Ahmad, 63, berusaha sedaya upaya menyelamatkannya tetapi gagal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.28 petang sebelum ke tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam biliknya sebaik api berjaya dipadamkan pada 5.58 petang.

dan dibawa ke Hospital Pasir Puteh untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 10:16 PM