Arwah diberi bantuan oleh rakan sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Rokaid Chik
Arwah diberi bantuan oleh rakan sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Rokaid Chik

Rokaid Chik

[email protected]

 

Pasir Puteh: Ajalnya ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur berjemaah di Selising, 12.45 tengah hari, hari ini.

Mohd Thahar Mohd Yusof, 44, yang baru selesai bermain bola sepak bersama rakan berjalan ke Masjid Mukim Selising secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Mohd Thahar kemudian diberi bantuan oleh rakan dan orang ramai.

Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan Selising yang terletak beberapa meter dari masjid untuk bantuan kecemasan dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:47 PM