MAYAT etnik Rohingnya yang ditemui di kem penyeludupan manusia dikebumikan di Songkhla, kelmarin.
MAYAT etnik Rohingnya yang ditemui di kem penyeludupan manusia dikebumikan di Songkhla, kelmarin.

Padang Besar: Polis Thailand semalam menemui dua lagi kem yang digunakan oleh sindiket penyeludupan manusia di sebuah hutan di sini yang berhampiran dengan sempadan Malaysia.

Komander polis wilayah Songkhla, Amphon Buarubporn berkata, sebuah kem itu baru ditinggalkan dan mereka menemui satu rangka manusia di kem berasingan.

“Kami masih terus mencari kerana penemuan ini menunjukkan kumpulan penyeludup ini sedang melarikan diri bersama pendatang yang ditahan mereka,” katanya.

Amphon turut menyertai anggota polis bersama wartawan pergi ke gunung Khao Kaew lokasi kem itu ditemui.

Anggota polis merobohkan lapan pondok yang dibina di kem berkenaan.

Pondok itu dibina menggunakan kayu yang baru dipotong termasuk sejumlah pakaian ditinggalkan menunjukkan ia baru dibina.

Pihak berkuasa Thailand melancarkan operasi besar-besaran memburu sindiket penyeludupan manusia selepas 26 mayat ditemui di kawasan hutan itu pada minggu lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:18 AM