LORENZO (kanan) mendahului Marquez.
LORENZO (kanan) mendahului Marquez.

Jerez, Sepanyol: Jorge Lorenzo memenangi perlumbaan sulung musim ini selepas mendahului Grand Prix Motosikal Sepanyol dari mula hingga akhir semalam.

Juara dunia dua kali itu bermula hebat dari petak pertama dan mengemudi jentera Yamaha tidak dicabar sepanjang 27 pusingan di Litar Jerez sejauh 4.4 kilometer itu.

Juara bertahan Marc Marquez yang menjalani pembedahan jari minggu lalu, menunggang jentera Honda di tangga kedua sepanjang perlumbaan di belakang rakan senegara dari Sepanyol itu.

Pendahulu keseluruhan Valentino Rossi di tangga ketiga dengan jentera Yamaha.

Ia kemenangan ke-34 Lorenzo bagi kategori utama itu selepas gagal menjejak podium bagi tiga perlumbaan pertama musim ini.

“Minggu ini menakjubkan,” kata Lorenzo. “Saya pantas di mana saja di litar ini.”

Lorenzo menang dengan masa 44 minit 57.246 saat, lima saat di depan Marquez manakala Rossi 11 saat di belakang.

“Saya gembira menduduki tangga kedua kerana seminggu lalu saya berada di hospital,” kata Marquez.

Sementara itu, penunggang negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih empat mata selepas menduduki tangga ke-12 kategori Moto2. Hafizh kini mengumpul 24 mata di kedudukan ke-10 keseluruhan.
- AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 8:58 AM