Jakarta: Polis Indonesia semalam melarang penganjuran satu pesta bikini bagi meraikan pelajar yang sudah menamatkan peperiksaan sekolah menengah di Jakarta.

Jurucakap polis Jakarta, Budi Wijanarko berkata, pihaknya akan menyiasat pesta yang dinamakan ‘Splash After Class’ dan memanggil penganjurnya, Devine Production.

“Kami akan siasat dan panggil semua yang terbabit termasuk penganjur,” katanya.

Ujarnya, pihak polis tidak memberi kebenaran kepada penganjur untuk menjalankan acara berkenaan.

“Sangat menyedihkan sekiranya pelajar sekolah menengah meraikan tamat persekolahan mereka dengan pesta bikini seperti itu.

“Apa yang akan terjadi kepada pelajar ini nanti sekiranya memakai pakaian seperti itu,” ujarnya.

Ketua polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu penganjur ada menghantar surat permohonan untuk menganjurkan acara berkenaan, tetapi ditolak.

“Selepas melihat kod pakaian dalam acara itu adalah bikini, kami terus menolaknya,” tegasnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 12:07 PM