VESPA Sprint yang dilancarkan hari ini. FOTO Erywan Norshal
VESPA Sprint yang dilancarkan hari ini. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Petaling Jaya: Naza Premira Sdn Bhd, pengedar motosikal Vespa di negara ini memperluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan Vespa Sprint, sebentar tadi.

Hadirnya Vespa Sprint itu, ia sekali gus menghangatkan generasi Vespa yang sebelum ini popular sekitar 1960 sehingga 1970.

Vespa Sprint dijanakan enjin silinder tunggal bersesaran 150 cc dengan tiga injap.

Ia juga lebih jimat minyak sehingga 64 kilometer seliter dengan purata kelajuan 50 kilometer sejam (km/j).

Motosikal itu ditawarkan dengan enam pilihan warna yang dijual pada harga RM13,888 tidak termasuk cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu, ia didatangkan dengan tempoh jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 3:26 PM