Oleh Michelle Gun

Biarpun tempoh berkenalan selama lapan bulan, pelakon Sharifah Sakinah, 25, sudah bersedia mendirikan rumah tangga dengan kekasih pilihan hatinya, Aliff Adha Jamil, 26.

Baginya, hubungan percintaan apabila sudah serius seeloknya dibawa ke jenjang pelamin.

Dengan itu, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan di majlis yang berlangsung di kediaman pihak perempuan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada malam kelmarin.

Majlis pertunangan pasangan sepadan itu bermula pada jam 9 malam dengan ketibaan rombongan pihak lelaki diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya, majlis berjalan lancar dengan perbincangan di antara kedua-dua pihak keluarga pasangan itu.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan yang kemudian membalasnya dengan tujuh dulang.

Majlis disempurnakan dengan adat menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Aliff Adha, Datin Rodzi Abdullah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:00 AM