WATAK dibawa Syarul & Mia bertentangan dengan keadaan diri masing-masing.
WATAK dibawa Syarul & Mia bertentangan dengan keadaan diri masing-masing.
Syanty Octavia Amry


Gandingan mereka mungkin tiada yang istimewa. Bagi sesetengah orang, mereka mungkin pelakon biasa-biasa saja yang belum mampu menarik perhatian peminat untuk terus melekat menyaksikan lakonan mereka.

Namun tuah setiap orang hanya Allah SWT yang akan menentukan.

Diberi tanggungjawab menggalas watak utama, pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad yakin drama lakonan mereka berjudul Hati Perempuan mampu menarik pembaca setia novel berkenaan untuk menyaksikannya di televisyen.

Drama adaptasi novel karya Nur Ain Al-Abas itu sudah pun menemui penonton di slot Akasia TV3 sejak 30 Mac lalu.

Mengisahkan percintaan antara lelaki dan wanita yang berbeza darjat, perbezaan itu berjaya melembutkan hati seorang lelaki dan wanita selepas masing-masing menyedari cinta di antara mereka begitu kuat.

Pertama kali digandingkan sebagai watak utama, Syarul mengakui ini adalah watak sukar yang pertama kali dilakonkannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 6:57 AM