Hyeri Girl's Day membuat kemunculan pertamanya dalam siri dinanti ramai, Hyde Jekyll, Me pada Khamis lalu.

Penerbit drama berkenaan berkongsi beberapa imej bintang popular itu untuk episod berikutnya.

Hyeri yang sebelum ini membintangi drama Tasty Life memegang watak Min Woo Jun. Gambar berkenaan menunjukkan Woo Jun bersiap sedia untuk ke sekolah.

Hyde Jekyll, Me yang diterajui pelakon terkenal, Hyun Bin dan Han Ji Min ke udara menerusi saluran SBS bermula 21 Januari lalu.

Mengisahkan Koo Seo Jin lakonan Hyun Bin, pengarah taman tema Wonderland yang mempunyai dua personaliti berbeza. Seo Jin mahu menamatkan kontrak sarkas di taman tema berkenaan namun hasrat itu ditentang ketua pasukan sarkas, Jang Ha Na.

Ha Na cuba meyakinkan Seo Jin, dia mampu menjadikan sarkas sebagai daya tarikan utama taman tema itu. Dalam proses itu Ha Na jatuh cinta dengan Seo Jin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 5:00 AM