Sebelum ini pasangan artis ini adalah sepasang kekasih yang cukup romantis.

Ke mana-mana saja mesti berdua seperti belangkas.

Namun, entah apa silapnya kasih mereka tidak berpanjangan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Bagaimanapun, SS difahamkan hubungan mereka kembali bertaut, baru-baru ini.

Walaupun mereka tidak membuat apa-apa pengumuman, SS tahu kasih mereka kembali bertaut apabila mereka kerap dilihat bersama sejak akhir-akhir ini.

Seorang rakan SS pernah terserempak dengan mereka di sebuah pusat beli-belah berjalan bersama berpimpinan tangan.

Kalau kawan biasa takkan jalan berpegangan tangan?

Bagi SS, pasangan itu memang padan. Selain bekerja dalam bidang yang sama, SS difahamkan mereka juga mempunyai minat yang sama selain hubungan juga direstui keluarga masing-masing sebelum ini.

SS harap hubungan mereka diteruskan hingga ke jenjang pelamin.

Jika jodoh itu sudah tersurat, ia tetap bertemu juga.

SS: Masih menanti jodoh artis yang seorang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 10:24 AM