CORAK taktikal Razip ketika menentang Jepun dipertikai ramai pihak.
CORAK taktikal Razip ketika menentang Jepun dipertikai ramai pihak.
Oleh Mohd Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: “Saya tidak menyalahkan pemain, sebaliknya jurulatih yang menjadi punca kita gagal layak.” Itu pandangan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali terhadap kegagalan jurulatih Bawah 22 tahun negara Razip Ismail dalam misi mara ke pusingan akhir Kejohanan B-23 AFC di Qatar, Januari depan.

Kesangsian mengenai kewibawaan Razip bagi menghadapi pusingan kelayakan di Shah Alam itu awal-awal lagi dipersoalkan banyak pihak apabila anak buahnya tewas kesemua aksi persiapan kecuali menang tipis ke atas Pakistan dengan 2-1, biarpun pada awal Februari lalu meraih gelaran juara kejohanan jemputan Piala Bangabandhu.

Episod memalukan itu bermula dengan kekalahan mengejut 1-2 kepada Vietnam sebelum menang kurang meyakinkan 2-0 ke atas Macau. Pada aksi terakhir, bertemu gergasi Asia, Jepun skuad negara tewas 0-1.

“Atas kertas memang Jepun pasukan handal, tapi melihatkan kepada corak taktikal pasukan yang sekadar bertahan bagi saya, pendekatan itu salah dan silap.

“Memang kita mahu mengelak daripada dibelasah 4-0 atau 5-0 oleh Jepun, tapi takkan kita letakkan sampai lapan atau sembilan pemain untuk bertahan semata-mata tanpa menyerang. Itu menunjukkan beliau (Razip) ‘pendek akal’ selaku jurulatih.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 7:39 AM