ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN berlaku jauh dari kawasan penempatan awam. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN berlaku jauh dari kawasan penempatan awam. FOTO ihsan bomba
Oleh Naqiukamil Abdullah

Klang: Lori treler membawa kira-kira 800 tong gas petroleum cecair (LPG) musnah terbakar di Kilometer 8.2 Lebuhraya Shahpadu, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam apabila tong gas berkenaan dilaporkan tiba-tiba meletup dan terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan kecemasan 11.30 malam dan tiga balai bomba berhampiran bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota dari Balai Bomba Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya, 12.20 tengah malam.

"Kejadian berlaku jauh dari kawasan penempatan awam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 9:50 AM