DAREN kecewa dengan keputusan pengadil.
DAREN kecewa dengan keputusan pengadil.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas kehilangan dua jurulatih berpengalaman, Rashid Sidek dan Rosman Razak, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tersentak apabila tidak ada wakil bagi acara perseorangan lelaki dalam undian utama Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2015.

Chong Wei Feng, Liew Daren dan Goh Soon Huat yang bernaung di bawah badan induk berkenaan gagal mara ke undian utama apabila tewas kepada lawan masing-masing di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Lebih menarik Wei Feng dan Daren mengakui keputusan Rashid yang juga bekas ketua jurulatih perseorangan negara, tidak menyambung kontrak ada memberi kesan kepada permainan dan emosi mereka.

Wei Feng tumpas 21-23, 21-9 kepada pemain Denmark Emil Holst dalam perlawanan kelayakan pertama, manakala Daren kalah kepada Dionysius Hayom Rumbaka (Indonesia), 19-21, 21-18, 16-21. Soon Huat pula tersungkur di tangan Fikri Ihsandi Hadmadi (Indonesia) 16-21, 14-21.

“Sedikit terjejas apabila mendengar Rashid tidak bersama BAM selepas saya berada di bawah beliau lebih 10 tahun. Saya tahu suatu hari nanti Rashid akan meninggalkan kami, tapi tidak menjangka ia berlaku sebelum perlawanan Terbuka Malaysia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 7:29 AM