Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Tidak akan ada wakil negara dalam acara perseorangan lelaki pada kejohanan berprestij Seluruh England 2015 apabila pemain bebas Mohd Arif Latif (gambar) tewas di pusingan kelayakan semalam.

 Seluruh England tahun ini seakan-akan suram buat Malaysia apabila harapan tunggal yang diletakkan di bahu Arif berkecai berikutan tumpas kepada pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka 21-18, 15-21, 18-21.

“Saya akui hampir menang set penentuan, tapi saya sendiri yang cuai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat menunaikan harapan rakyat Malaysia untuk mempunyai wakil dalam undian utama.

“Saya sudah cuba yang terbaik hari ini,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 6:49 AM