PEMAIN Oman, Qasim Said (tengah) mengasak penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan Khalid.
PEMAIN Oman, Qasim Said (tengah) mengasak penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan Khalid.
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Jika aksi menentang Oman kelmarin menjadi ukuran kemampuan Harimau Malaya, sememangnya skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak perlulah memasang hajat besar untuk melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 mahupun kelayakan Piala Asia 2019 Jun ini.

Sememangnya hanya keajaiban diharapkan untuk Malaysia di ranking ke-153 dunia dapat menundukkan pasukan di tangga ke-96 itu namun kekalahan memalukan 0-6 dalam aksi di Stadium Seeb agak sukar diterima.

Walaupun Dollah mahu menggunakan perlawanan berstatus A yang pertama buat skuad kebangsaan tahun ini selepas muncul naib juara Piala AFF Disember tahun lalu untuk menguji beberapa pemain muda namun apa yang dipamerkan sebilangan besar pemain sepanjang perlawanan itu cukup mengecewakan.

Mereka bergelut untuk mendapatkan bola manakala Oman pula mudah menggunakan kemahiran teknikal serta kepantasan pemain untuk mengatasi pertahanan Malaysia walaupun dengan cara permainan cukup mudah.

Sesuatu harus dilakukan segera oleh Dollah memperbaiki kelemahan walaupun beliau menyalahkan pengadil perlawanan dari Arab Saudi Shukri Huseein menjadi punca kekalahan kesembilan daripada 13 perlawanan Harimau Malaya di bawah kendaliannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:15 AM