Bukan sekali dua SS dengar sikap artis tanah air yang terpikat dengan kaum sejenis.

Dalam kalangan masyarakat, situasi ini mungkin nampak tidak ketara namun semakin dibiarkan semakin menjadi-jadi.

Apa yang SS nak ceritakan ialah mengenai seorang artis ini yang dilihat bersama pasangan kekasih sejenisnya itu. Bukan main mesra lagi gelagat mereka dan seperti tidak segan silu dengan masyarakat sekeliling yang memerhatikan mereka.

Sebelum ini dia pernah menafikan gosip mengenai perkara itu. Namun, ramai yang sudah melihat dengan mata dan kepala sendiri. Kalau benar tidak ada apa-apa hubungan, buat apa hendak menafikan.

SS dapat tahu, sebelum ini dia pernah beberapa kali gagal bercinta. Mungkin disebabkan terlalu kecewa membuatkan dirinya memilih kaum sejenis.

SS: Teringat cerita Rozana Cinta’87 yang menampilkan Erma Fatima sebagai gadis lesbian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 12:59 PM