Cakap-cakap orang tak semuanya kita boleh percaya. Ada yang bercerita berlandaskan fakta, ada yang gemar menokok tambah.

Antara contoh ialah gosip yang sampai ke telinga SS ini. Ikut logik memang tak masuk akal kerana artis yang menjadi topik bualan kalangan teman SS ini tidak membayangkan dia seperti apa yang SS dengar.

Namun dalam pada tak mahu percaya, dulu pernah dia dikaitkan isu 'minat kaum sejenis' tetapi melihatkan perkahwinan bahagianya dikurniakan cahaya mata, tak sampai hati pula SS untuk mengetahui hakikat sebenar.

Apa yang SS nak ceritakan ini ialah mengenai sikap seorang artis berstatus suami yang kini bergelar ahli perniagaan khabarnya menjalin hubungan sulit dengan kaum sejenisnya.

Sumber SS memaklumkan, selepas lebih setahun merahsiakan hubungan mereka, akhirnya perbuatan itu secara tidak sengaja didedahkan ahli keluarga yang menemui mesej dengan panggilan 'sayang', 'rindu' dan 'I love you' membabitkan 'pasangan kekasih' ini.

Difahamkan, perkara ini sampai ke telinga isterinya yang tergamam selepas melihat bukti perbualan suami dan pasangannya itu, lalu merajuk meninggalkan rumah serta anak-anak.

Kalau suami ada kekasih gelap wanita mungkin boleh diterima lagi walaupun hati tetap remuk redam, tetapi kalau sang suami curang dengan kaum sejenisnya, tak tahulah nak bayangkan bagaimana remuknya hati si isteri.

SS yang 100 peratus tulen ini sendiri pun tak mampu dan tak lalu nak membayangkan situasi punya kekasih berotot, berkumis dan berjanggut.

Agak mengharukan selepas kejadian itu, isterinya yang baik hati kerana memikirkan anak-anak masih kecil, memberikan artis tadi peluang untuk berubah.

Namun, apakah lanjutan kisah percintaannya dengan kekasih gelapnya itu, status mereka sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

SS: Kaum Hawa sudah dicipta indah oleh Allah SWT, tetapi kaum sejenis juga yang diminatinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 5:00 AM