Kasihan Cik Pang dengar cerita mengenai artis jelita putus hubungan dengan teman lelakinya yang juga pelakon kacak kerana dapat tahu rupa-rupanya bekas teman lelakinya mempunyai naluri dengan kaum sejenis.

Kata teman Cik Pang, artis itu pada awalnya menerima sikap lemah lembut teman lelakinya sebagai perkara biasa.

Namun selepas beberapa ketika menjalin hubungan cinta, sikap lemah lembut itu jadi pelik, apatah lagi apabila bertemu teman bekas kekasih.

Bukan setakat bersembang ala-ala 'sotong kurita' dengan tangan melayang-layang macam halau nyamuk, malah sesekali mata si lelaki menjeling 'anak ikan' yang lalu lalang di tepi jalan.

Bila si kekasih bertanya, jawabnya, dia perlu ikut resam temannya yang selesa apabila berbual seperti itu.

Sikap bekas teman lelaki juga berubah 360 darjah kepada lelaki sejati apabila di acara tertentu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya bekas teman lelakinya hanya bermuka-muka dan menggunakan hubungan istimewa mereka untuk mengaburi pihak media.

Sebab itu sebelum ini perlakon itu pernah digosipkan isu sama iaitu isu naluri kaum sejenis, tapi ditepis dengan jayanya.

Selepas artis wanita ini dapat tahu, dia terus minta putus kerana tidak mahu lagi menjadi kambing hitam hanya untuk tutup perbuatan tak bermoral kekasih hati.

Walaupun rasa kasihan dengan artis wanita ini, Cik Pang tidak terkejut sebab dalam dunia hiburan ini memang ramai pelakon bersikap begitu.

Cuma ada yang belum kantoi saja. Jika sudah kantoi, baru tahu langit tinggi rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:06 AM