MOHD Amin mencari barangan yang mungkin boleh digunakan selepas rumah sewanya  terbakar.
MOHD Amin mencari barangan yang mungkin boleh digunakan selepas rumah sewanya terbakar.
Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham

Kuala Kangsar: Jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 10 tahun menarik perhatian jiran, sekali gus menyebabkannya terselamat daripada menjadi mangsa kebakaran membabitkan rumah berkembar di Kampung Basong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang ketakutan selepas melihat api di dalam rumahnya lari menyelamatkan diri dan menjerit meminta tolong menyebabkan jeritannya didengari jiran yang kemudian membantu membawanya ke tempat selamat.

Jiran mangsa, Aziz Abdul Majjed, 53, berkata, dia ternampak seorang kanak-kanak perempuan lari ke luar rumah dan menjerit mengatakan rumahnya terbakar.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sibuk membaik pulih rumahnya yang terletak bersebelahan rumah mangsa.

“Ketika sibuk membaik pulih rumah, tiba-tiba kanak-kanak perempuan itu berlari dan menjerit meminta tolong.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 7:17 AM