SIASATAN awal di lokasi kejadian. FOTO Hazreen Mohamad
SIASATAN awal di lokasi kejadian. FOTO Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Polis menembak mati dua penjenayah berhampiran semak di Jalan Rasah-Port Dickson, di sini, dalam satu aksi berbalas tembakan, 2.15 petang, hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua suspek itu dikesan anggota polis ketika dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke daerah ini.

Katanya, apabila mereka menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua lelaki berusia sekitar 20 dan 30-an bertindak terjun dari kenderaan dan melarikan diri sebelum melepaskan tembakan.

"Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan balas dan kedua-dua suspek mati ditembak," katanya.

Sehingga ini, katanya, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2015 @ 6:45 PM