JAAFAR (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun menunjukkan senjata api yang digunakan oleh penjenayah. FOTO Hazreen Mohamad
JAAFAR (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun menunjukkan senjata api yang digunakan oleh penjenayah. FOTO Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Khairul Najib Asarullah Khan

 

Seremban: Dua lelaki berusia 24 dan 40 tahun yang ditembak mati polis di semak di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, semalam bersabit kes pengedaran dadah dan senjata api.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, kedua-dua suspek berasal dari Kota Tinggi, Johor juga penjenayah dikendaki berikutan terbabit kes samun, bunuh, rusuhan, pengedaran dadah dan gangsterisme di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, suspek sebelum ditembak mati diarahkan pasukan polis memberhentikan kereta namun berdegil dan melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa.

"Pemeriksaan dibuat di bahagian tubuh mayat menemui enam paket heroin dan sepucuk pistol Revolver dan sepucuk pistol Semi Auto CZ," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 11:32 AM