KEADAAN mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi tadi. FOTO Arifin Salleh
KEADAAN mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi tadi. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah : Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas digilis beberapa kenderaan dari arah sama di Kilometer 211.9, Lebuh raya PLUS, arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.14 pagi, Zukhairi Zahari, 21, dan Mohd Nurhazim Ithnin, 20, maut manakala rakannya Mohd Redza Sidek, 21, parah selepas motosikal ditunggang berasingan terbabit kemalangan.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dari arah Tol Simpang Ampat dalam perjalanan ke Ayer Keroh bersama beberapa rakan sebelum motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan.

Dua dari mereka disahkan mati di tempat kejadian dalam keadaan tubuh mereka hancur manakala rakan mereka yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammas Yusuh mengesahkan dua lelaki maut dan mayat dihantar ke bilik mayat untuk bedah siasat.

"Manakala seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kepala dan kaki.

"Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1)Akta Pengangkutan jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 10:44 AM