GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amir Hamzah Nordin


Bera: Wanita maut digilis manakala anaknya cedera apabila motosikal ditunggang mereka bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 28 Jalan Temerloh-Bahau, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa, Maryaton Othman, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan lengan, manakala manakala anaknya berusia empat tahun cedera.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Triang ke bandar Bera.

"Ketika tiba di tempat kejadian motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa bergesel dengan bahagian kiri lori.

"Ia menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis tayar lori berkenaan," katanya di ini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di Hospital Bera.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2023 @ 8:44 PM