Singapura: Majikan di Singapura mendapat imbuhan lebih besar berbanding rakan sejawat mereka di rantau Asia.

Berdasarkan penyelidikan, majikan di Singapura memperoleh pendapatan 10 peratus lebih tinggi berbanding Hong Kong atau tiga hingga empat kali ganda berbanding negara terbawah, Vietnam.

Laporan penganalisis antarabangsa Towers Watson itu menyatakan, gaji asas yang berdaya saing dan kesan perubahan nilai dolar Amerika Syarikat memberi kesan kepada keputusan itu.

Firma itu menyatakan, eksekutif di hierarki tertinggi di Singapura mendapat bayaran purata AS$586,000 (RM2.2 juta) setahun, manakala di Hong Kong AS$445,000 (RM1.6 juta).

Bagaimanapun, perbezaan itu lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Gaji asas di Singapura dan Hong Kong secara keseluruhannya meningkat antara tiga hingga empat peratus berbanding 2014, kecuali di peringkat pengurusan tertinggi yang naik antara enam dan lapan peratus.

Ketua bahagian perkhidmatan data firma itu, Sambhav Rakyan berkata, walaupun begitu kadar cukai di Singapura agak tinggi.

“Ia membuatkan perolehan sebenar eksekutif tertinggi terkesan,” katanya.

Beberapa tahun akan datang, katanya, gaji eksekutif di Hong Kong mungkin mengatasi perolehan di Singapura jika mata wang negara itu semakin kukuh berbanding dolar Singapura. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:18 AM