Oleh Erywan Norshal

Kuala Lumpur: Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan varian terbaru, Isuzu D-Max Diablo dengan rekaan yang unik, berani dan bergaya.

Tampil berbeza dengan kemasan krom bertukar kelabu gelap, selain didatangkan warna hitam keseluruhan.

Ia turut hadir dengan lampu siang LED serta tampak tegap selepas padanan rim aloi Lenso bersaiz 17 inci.

Bahagian dalaman semakin garang dengan padanan material kulit merah pada kerusinya.

Sistem hiburan multimedia jenama Blaupunkt hadir dengan kamera mengundur.

Bagi memastikan keselamatan barangan, Isuzu D-Max Diablo dilengkapi bersama penutup 'D-Loc' dan didatangkan spoiler pada bahagian belakang.

Varian itu ditawarkan dengan model menggunakan enjin 2.5 dan 3.0 liter yang masing-masing dijual pada RM110,189.60 serta RM116,959.90 atas jalan termasuk insurans.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 8:14 PM