Isuzu D-Max menerusi varian V-Cross 3.0 terbaru mengulu-ngi segmen trak pikap negara ini selepas memenangi anugerah Kenderaan Tahunan NST-Maybank dalam kategori itu, baru-baru ini.

Dua tahun sebelum ini, varian Isuzu D-Max turut menaiki 'podium', sekali gus membuktikan trak pikap juga mampu memiliki pakej menarik dan tidak lagi hadir dengan imej lapuknya.

Ternyata Isuzu D-Max terus mengagumkan pakar industri automotif dan pelang-gan melalui kejuruteraan serta reka bentuknya yang mantap.

Selain itu, Isuzu D-Max menerima anugerah Trak Pikap 'Bernilai Untuk Wang Terbaik' daripada majalah Asian Auto.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida berkata, pelaburan terhadap jentera itu membabitkan penyelidikan adalah paling tinggi dalam sejarah syarikat berkenaan.

"Isuzu D-Max kekal menjadi pilihan utama juri dalam kategori trak pikap, walaupun ada model lebih baru di pasaran hari ini," katanya.

Kekuatan utamanya adalah ketahanan dan penggunaan bahan api yang efisien serta memberi manfaat jangka panjang serta penjimatan kos kepada pemiliknya.

Isuzu D-Max juga tampil menarik menerusi keseimbangan dari segi keselesaan, prestasi dan pengendalian-nya. Bagi varian Isuzu D-Max V-Cross 3.0 khususnya, ia menawarkan ciri pemanduan cemerlang. Ini berikutan sistem Turbo Pemboleh ubah Geomet­ri (Variable Geometry Turbo-VGS) menghasilkan daya tork setiap kali ia diperlukan.

Ia juga menjadi trak pikap jenama Jepun pertama mematuhi garis panduan keselamatan UNECE dan menjadikannya kenderaan terbaik untuk kerja atau riadah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:02 AM