ISUZU MU-X yang dilancarkan. FOTO Erywan Norshal
ISUZU MU-X yang dilancarkan. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Isuzu Malaysia Sdn Bhd melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru menerusi Isuzu MU-X di sini, hari ini.

SUV terbaru yang menerima tempahan sehingga 300 unit itu ditawarkan dengan dua varian membabitkan pacuan 4X4 dan 4X2.

Kenderaan dibina berasaskan platform trak pikap, Isuzu D-Max itu dikuasai enjin 2.5 liter yang menyalurkan 136 PS dengan tork setinggi 320 Nm pada 1,800 sehingga 2,800 rpm.

Harga bagi kedua-dua varian itu ialah RM164,969.84 bagi pacuan 4X4, manakala 4X2 dijual pada RM151,944.56.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 9:40 PM