ISUZU D-Max Beast yang dilancarkan hari ini. FOTO Erywan Norshal
ISUZU D-Max Beast yang dilancarkan hari ini. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Subang: Isuzu Malaysia Sdn Bhd melancarkan trak pikap edisi terhad menerusi Isuzu D-Max Beast yang hanya ditawarkan 360 unit sahaja.

Penampilan model berkenaan lebih garang dengan padanan jeriji hadapan kemasan kelabu gelap, selain bampar hitam matte digabungkan plat perak.

Dari arah sisi, Isuzu D-Max Beast dilengkapi arca roda kemasan hitam yang diserlahkan rim aloi 17 inci direka khas.

Bahagian luarannya turut dilekatkan dengan pelekat eksklusif untuk memberi penampilan berbeza.

Sementara itu, ruang kabin dipertingkatkan dengan kerusi balutan kulit premium dari Itali, manakala papan pemuka dilengkapi sistem audio Kenwood bersaiz 6.2 inci.

Isuzu D-Max Beast boleh didapati dengan transmisi automatik 4x4 yang menggunakan enjin 2.5 liter atau 3.0 liter.

Jentera itu dijual pada RM119,559.44 bagi enjin 2.5 liter, manakala 3.0 liter berharga RM127,5471.56 atas jalan termasuk insurans

Tamatf

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 7:57 PM