Kalau tak ada wang dan kepakaran, rasanya sesiapa yang berangan mahu jadi produser filem hentikanlah saja hasrat itu.

Ini kerana banyak ranjau dan cabaran yang perlu diharungi.

Agaknya apabila dengar kutipan filem Melayu mencecah jutaan ringgit, mereka pun sibuk nak buat filem tetapi terlupa mereka sebenarnya tiada kepakaran dan bakat langsung.

Akhirnya filem dihasilkan menjadi filem tidak berkualiti atau dalam bahasa kasarnya filem bodoh!

Inilah dilakukan seorang produser berangan ini. Disebabkan terpengaruh dengan filem ‘box-office’, dia pun terpengaruh nak hasilkan filem.

Malangnya, filem dihasilkan tak berkualiti dan seperti tangkap muat saja.

SS tak tahulah apa masalah produser ini. SS diberitahu masalah sudah berlaku ketika penggambaran lagi. Ia yang sepatutnya dimulakan awal tetapi tertangguh lama.

Jika ditanya pasal bayaran terhadap pengarah, pelakon dan kru, SS tidak pasti. SS harap produser terbabit tidak ada masalah dengan perkara itu.

Seperkara lagi SS juga memang tak yakin filem ini akan mendapat sambutan. Selain penghasilan yang tidak berkualiti, promosinya juga lembap.

Setakat ini SS tak nampak lagi kempen promosinya.

Bagi SS, kalau belum bersedia janganlah berangan mahu jadi produser.

Kalau tidak nanti gigit jari atau termenung kerana rugi besar akibat filem tak laku.

SS: Ukur baju di badan sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 11:40 AM