Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Muar : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail di sini, bagi menziarahi jenazah abangnya, Abdul Rahman Md Yassin, 76, yang meninggal dunia semalam.

Beliau tiba pada 9 pagi diiringi Setiausaha Politik Datuk Tahir Taat.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam untuk solat jenazah dan bacaan yasin.

Allahyarham Abd Rahman adalah pesara guru agama di Sekolah Arab Saadiah, Jalan Bakri di sini meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, 7.45 malam semalam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 10:03 AM