LIU tidak pernah jera menipu pemandu teksi lebih setahun lalu.
LIU tidak pernah jera menipu pemandu teksi lebih setahun lalu.
Agensi

Singapura: Seorang wanita didenda S$12,000 (RM44,000) semalam selepas mahkamah mendapati dia bersalah kerana mengelak daripada membayar tambang teksi kepada 10 pemandu.

Liu Meiqi, 33, didenda S$1,200 atau lima hari penjara atas setiap tuduhan selepas mengaku salah atas 10 dakwaan mengelak daripada membayar tambang teksi antara 5 Oktober 2013 hingga 8 Mac tahun lalu.

Dalam kes pertamanya, Liu menggunakan kad kredit sebuah bank untuk membayar S$17 (RM62) tambang, tetapi transaksi itu tidak berjaya.

Dia memberitahu akan memasukkan jumlah tambang itu ke akaun pemandu teksi terbabit kemudian kerana ketika itu dia tidak membawa wang.

Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu, Liu turut memberikan kad pengenalan dan nombor telefon bimbitnya untuk meyakinkan pemandu teksi terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2015 @ 5:12 AM