Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Keputusan Sijil Tinggi Pesekolahan Malaysia (STPM) di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.68 pada tahun lalu berbanding 2.57 pada 2013.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Kalsom Khalid berkata, seramai 1,242 daripada 1,263 calon lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran peringkat prinsipal iaitu 98.3 peratus berbanding 96.9 peratus pada 2013.

Katanya, seramai 43 calon lulus lima prinsipal (3.4 peratus), 881 lulus empat prinsipal (69.8), 152 lulus tiga prinsipal (12), 93 lulus dua prinsipal (7.4) dan 73 lulus satu prinsipal (5.8).

"Seramai 14 pelajar iaitu 1.11 peratus memperoleh PNGK 4.00 iaitu seorang jurusan Sains dan 13 jurusan sastera," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kalsom berkata, Sekolah Menengah Agama Haji Mohamad Said (SHAMS) muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan apabila 20 calon lulus 100 peratus dalam empat matapelajaran diambil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 3:39 PM