PENYELAM dan pegawai Indonesia memeriksa serpihan yang diangkat pada 10 Januari. FOTO fail AFP
PENYELAM dan pegawai Indonesia memeriksa serpihan yang diangkat pada 10 Januari. FOTO fail AFP

Jakarta: Serpihan terakhir badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Disember lalu, berjaya diangkat dari dasar Laut Jawa.

Ketua Pasukan BASARNAS Henry Bambang Soelistyo berkata, serpihan itu adalah bahagian paling besar yang ditemui semula setakat ini dan dibawa ke permukaan laut, semalam sebelum diletak ke atas kapal.

"Bahagian itu masih mempunyai sebahagian besar sayap pesawat itu," Soelistyo berkata.

Namun, tiada mayat yang ditemui ketika operasi tersebut.

Pihak berkuasa juga akan membuat keputusuan tarikh terakhir bagi operasi mencari itu minggu depat selepas berbincang dengan keluarga mangsa, katanya.

Setakat ini, 103 mayat mangsa nahas tersebut sudah ditemui semula, menurut koordinator mencari dan menyelamat, SB Supriyadi.

Pesawat malang itu terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura danĀ 162 penumpang dan anak kapal terkorban. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:18 PM