PENYELAMAT meletakkan beg mayat berisi mayat manusia yang ditemui dari lokasi nahas penerbangan Sriwijaya Air SJ182 di pelabuhan di Jakarta. FOTO AFP
PENYELAMAT meletakkan beg mayat berisi mayat manusia yang ditemui dari lokasi nahas penerbangan Sriwijaya Air SJ182 di pelabuhan di Jakarta. FOTO AFP
AFP

Jakarta: Penyelam membawa naik serpihan bangkai pesawat, dan pakaian dari kawasan perairan Indonesia, pada Ahad, di lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air yang mengorbankan 62 penumpang dan anak kapal.

Pasukan tentera sudah menemui isyarat dan berharap dapat menemui pesawat malang berkenaan.

Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 menjunam ke dasar laut selepas empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, di sini, pada Sabtu.

Kapal tentera sudah mengesan isyarat dari pesawat berkenaan dan penyelam sedang mencari serpihan pesawat yang berada pada kedalaman 23 meter di dalam laut, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia, pada Ahad.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara lengkap sama ada isyarat diterima itu daripada kotak hitam pesawat.

Pencarian yang dijalankan juga mendapati tiada harapan untuk menemui penumpang yang masih hidup.

"Beberapa bahagian tubuh sudah ditemui dan dibawa ke hospital untuk pengesahan lanjut.

"Kami juga belum dapat mengesahkan sama ada cebisan tubuh itu daripada individu yang sama," kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus kepada AFP.

Seluar kanak-kanak, serpihan tayar pecah, jaket keselamatan antara barang yang ditemui menurut pihak berkuasa.

Pesawat dengan pendaftaran SJ182 dalam penerbangan menuju Pontianak di Kalimantan, dengan masa perjalanan selama 90 minit merentasi Laut Jawa.

Berita berkaitan

Pesawat Sriwijaya Air terhempas?

[TERKINI] Pesawat terhempas di Kepulauan Seribu

[TERKINI] Operasi kesan titik pesawat terhempas

Tentera kenal pasti koordinat pesawat Sriwijaya Air terhempas

Nahas Sriwijaya Air: Serpihan tubuh manusia ditemukan di laut

Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar ledakan

Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar ledakan

Nahas Sriwijaya Air: Pencarian di lokasi diteruskan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 4:23 PM