Bukan semua pelakon mampu beraksi di pentas teater. Apatah lagi, jika ia membabitkan pementasan berskala besar dan dipersembahkan di premis berprestij.

Itu cerita disampaikan rakan SS yang bergiat aktif di pentas teater.

Menurut rakan SS, semuanya bermula apabila dia melamar seorang artis popular untuk watak utama projek teater terbarunya.

Rakan SS itu percaya dengan kemampuan artis popular itu. Drama dan filem lakonan artis popular itu sering kali mendapat sambutan hangat dan meraih kutipan pecah panggung.

Tidak dinafikan watak yang ditawarkan itu berat dan mencabar lakonan pelakon terkenal itu.

Sayangnya, kata rakan SS, artis itu menolak tawaran berkenaan dengan alasan dia tidak berani beraksi di pentas teater.

Dia tidak menyangka artis popular itu menolak peluang keemasan depan mata. Berikutan penolakan itu, watak berkenaan sudah diberikan kepada pelakon lain.

Bagi SS, mungkin artis popular itu menolak kerana bayaran teater tidak selumayan beraksi di layar perak. Sepatutnya artis itu menerima tawaran berkenaan kerana itu peluang untuknya mengembangkan kerjaya.

Walaupun tiada asas dalam teater, ini masa untuknya meraih pengalaman baru beraksi di pentas berprestij.

SS: Tidak lepaskan peluang menonton karya hebat di Istana Budaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:01 AM