Jakarta: Dekan Fakulti Undang-undang Antarabangsa Universiti Indonesia, Hikmahanto Juwana menggesa Jakarta segera melaksanakan hukuman mati ke atas banduan pengedar dadah.

Kata Hikmahanto, sebarang kelewatan akan menyebabkan negara asing melakukan pelbagai kempen dan usaha mengganggu keadilan undang-undang Indonesia.

“Langkah itu perlu supaya kerajaan Indonesia tidak terbeban,” katanya.

Untuk kumpulan kedua ini, sejumlah warga asing ditetapkan menghadapi hukuman mati di depan penembak tepat selepas didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengedar dadah.

Selain warga Australia, mereka terdiri daripada rakyat Brazil.

Beberapa hari lalu, kerajaan Brazil menolak watikah pelantikan Duta Indonesia ke negara itu sebagai langkah memprotes ketegasan Jakarta meneruskan hukuman mati berkenaan.

Turut menyatakan protes dan ancaman ialah Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

Kata Hikmahanto, jika pelaksanaan hukuman mati dipercepat, diharap tiada lagi gangguan daripada mana-mana kerajaan asing ke atas Jakarta. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 7:33 AM