SS turut gembira apabila mendengar perkhabaran pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein kini sudah hamil lebih sebulan.

Pastinya perkara ini turut menggembirakan orang sekeliling apatah lagi peminat yang sebelum ini lama menantikan Elly diijab kabul bersama tunang yang kini sah menjadi suaminya, Azmi Hatta.

Hampir dua tahun bertunang pasangan ini pernah melalui pelbagai dugaan dan cabaran sehingga ada ura-ura mengatakan hubungan mereka sudah putus.

Namun, jodoh itu rahsia Allah SWT. Disatukan pada November tahun lalu, kini Elly meniti saat bahagia menanti kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka.

Difahamkan Elly juga tidak kisah soal jantina bayi, yang penting dia dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Tahniah SS ucapkan kepada Elly dan suami semoga kelahiran nanti akan dipermudahkan. Selamat melalui alam kehamilan seperti wanita-wanita lain.

SS: Lihat teman sekeliling yang hamil, terasa ingin hamil lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:00 AM